• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

10 Sekolah Terpilih di Terengganu Terima Watikah Profesor@School UMT

umt_stem01.jpg
Sebanyak 10 buah sekolah terpilih di Terengganu menerima perlantikan watikah Profesor@School daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memperkasa penglibatan para pelajar di negeri ini di dalam bidang sains, teknologi, kejuteraan dan matematik (STEM). Penerimaan warkah perlantikan yang secara tidak langsung memperkenalkan lebih daripada 18 profesor atau penyelidik kepada warga sekolah angkat UMT itu telah disaksikan lebih 500 pelajar sekolah dalam majlis penganugerahan watikah Profesor@School sempena program Fiesta STEM UMT.

Fiesta STEM UMT ini menampilkan beberapa aktiviti antaranya Forum Saintis Cilik; Perkongsian Ilmu oleh Prof. Dr. Zainal Abidin bin Talib, Profesor Fizik Universiti Putra Malaysia (UPM); Perkongsian Ilmu Laluan Kerjaya Graduan STEM oleh Prof. Dr. Misni bin Misran, Timbalan Pengerusi MPU Chapter Universiti Malaya (UM); serta beberapa aktiviti hands on STEM oleh pelajar Asasi STEM UMT dan pameran.

Sekolah yang terlibat adalah SMK Kompleks Gong Badak; SMK Batu Rakit; SMK Padang Kemunting; SMK Kompleks Mengabang Telipot; SMK Panji Alam; SMK Lembah Bidong; SMK Tengku Mahmud 2; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut; SMK Dato Haji Mohd Said dan SMK Tok Dor.

Antara objektif mengadakan program Profesor@School ini adalah untuk mewujudkan satu badan penasihat atau rujukan kepada komuniti sekolah angkat STEM terutamanya di dalam bidang kepakaran berkaitan STEM. Sebagai platform terbaik dan berterusan bagi perkongian ilmu dan pengalaman di kalangan profesor/penyelidik dan pelajar sekolah yang telah memilih aliran sains tulen di dalam tingkatan 4.

Memupuk minat yang berterusan di kalangan pelajar aliran sains tulen (tingkatan 5 dan 4) sehingga mereka berjaya di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya memilih bidang STEM untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM, terutamanya ke Pusat Asasi STEM UMT. Dengan perkongsian ilmu dan kepakaran diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan pendedahan guru-guru STEM di sekolah-sekolah negeri Terengganu.

Memartabatkan pembelajaran anak-anak Terengganu menerusi perkongsian ilmu dan pendedahan kepada penyelidikan yang dijalankan oleh profesor/penyelidik di UMT.

Membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah angkat, terutamanya dalam mata pelajaran English, Sains dan Matematik melalui program motivasi, kelas-kelas yang dianjurkan oleh profesor/penyelidik UMT.

Posted in MPU Chapter UMT, Utama on Sep 24, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara