• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Adab Murid & Guru Daripada Pelbagai Perspektif Termasuk Undang-Undang
Tarikh Rakaman : 28 September 2017
Tarikh Siaran : 1 Oktober 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
  2. Prof Madya Dr. Mariani Mohd Nor
  3. Prof Dr. Mohd Majid Konting

Kes Cikgu Azizan Manap yang menjadi tumpuan media arus perdana dan di media sosial menjadi topik perbincangan untuk dikupas bersama wakil ahli Majlis Profesor Negara (MPN) pada kali ini. Kes yang menggemparkan negara itu telah mendatangkan pelbagai reaksi sehingga mewujudkan sebuah polemik perbincangan di antara pihak guru, ibu-bapa dan murid sekolah. Biarpun pihak Mahkamah telah melepaskan Cikgu Azizan namun, ibu bapa murid berkenan bercadang untuk memfailkan saman terhadap guru lelaki Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai kerana mencederakan anak mereka.

Ketegangan perhubungan antara guru, murid dan ibu bapa itu perlu diberi perhatian menyeluruh oleh pelbagai pihak memandangkan ia akan memberi kesan kepada sistem pendidikan negara dan menggambarkan tentang tenaga modal insan yang akan dibentuk pada masa hadapan. Dalam perbincangan ini, para panelis telah memberi kupasan dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah kupasan dari sudut psikologi, governans dan perundangan terhadap isu ini.

Perubahan yang melanda negara sudah pasti memberi kesan kepada ekosistem pendidikan. Kredibiliti imej perguruan perlu dipulihkan kembali seperti mana dialami guru sebelum ini di mana, rakyat melihat golongan pendidik sebagai profesion yang penuh penghormatan. Persekitaran pendidikan telah membawa cabaran baru kepada guru apabila ibu bapa dan murid sudah mula mengambil tindakan undang-undang kepada institusi perguruan sekiranya mereka tidak berpuas hati. Pada masa sama, semua pihak yang terlibat perlu mengawal emosi apabila berhadapan dengan sebarang isu di sekolah kerana institusi pendidikan masih lagi tertakluk kepada sistem governans dan perundangan negara.

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Oct 01, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara