Adakah Rukun Negara Sudah Mati?
  1. Prinsip pertama Rukun Negara, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, harus ada pada setiap warganegara kerana kepercayaan beragama yang positif dapat mewujudkan keharmonian antara agama dan kaum. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, agama dan kepercayaan lain, namun boleh diamalkan dengan aman dan tenteram. Tindakan sesuatu kaum menghina atau memburukkan kaum lain, boleh mewujudkan sentimen antara kaum.

  2. Prinsip Rukun Negara kedua: Kesetiaan kepada Raja dan Negara, institusi raja haruslah dihormati kerana ia merupakan lambang dan payung kedaulatan negara. Namun, perbuatan memperlekeh dan menghina raja turut menjadi satu gejala di media sosial. Sedangkan raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan kerana raja umpama pohon dan rakyat itu adalah akarnya.

  3. Prinsip Rukun Negara ketiga: Keluhuran Perlembagaan menekankan kepada rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan sumber perundangan tertinggi negara. Semua yang terkandung dalam Perlembagaan termasuk soal hak-hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan raja, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama Persekutuan adalah satu kontrak sosial berasaskan kompromi antara kaum dan sama sekali tidak boleh disentuh.

  4. Rukun Negara keempat: Kedaulatan Undang-undang memerlukan undang-undang untuk kawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.Rasa hormat dan kepatuhan terhadap undang-undang akan mewujudkan keharmornian sekaligus menjayakan agenda pembangunan negara menjelang Wawasan 2020.

  5. Rukun Negara kelima: Kesopanan dan Kesusilaan perlu diamalkan dan menjadi amalan kepada rakyat negara kita sekaligus menjadi contoh kepada negara luar. Sememangnya, negara kita terkenal dengan masyarakat yang menjaga imej serta budaya positif kepada negara luar.

WhatsApp Image 2019-03-28 at 15.54.31.jpeg

WhatsApp Image 2019-03-28 at 15.54.30.jpeg

WhatsApp Image 2019-03-28 at 15.54.29(1).jpeg

WhatsApp Image 2019-03-28 at 15.54.29.jpeg


Posted in Sinar Ilmuwan, Utama on Mar 28, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara