• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Ancaman Daesh

Ancaman Daesh menjadi topik pilihan untuk program Dialog Pemikir Negara pada kali ini. Keseriusan ancaman daripada golongan ekstremisme agama ini dengan cuba memporak-perandakan keharmonian negara ini telah menjadi perhatian untuk dijadikan sebagai sebuah kupasan strategik. Pihak golongan pelampau ini dilihat semakin berani memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia mengenai keupayaan mereka untuk menyerang negara ini.

Para panel menyentuh mengenai keseriusan ancaman pihak pelampau ini untuk mendatangkan bahaya kepada negara. Kupasan isu antarabangsa ini ternyata bertepatan dengan kehendak rakyat yang mahukan penjelasan lanjut dan mendalam mengenai bahaya kumpulan pengganas tersebut memandangkan mereka sanggup melakukan apa sahaja kononnya di atas nama Islam. Sasaran Daesh bukan sahaja kuasa Barat malah semua negara Islam yang dilihat tidak selari dengan perjuangan jihadnya. Bagi Malaysia, ancaman Daesh mencetuskan fenomena yang begitu membimbangkan kerana pengaruhnya agak berbeza ditambah dengan kempen puak pengganas menggunakan media sosial untuk mempengaruhi rakyat tempat berjuang atas nama Islam.

Di samping itu, para panel menjelaskan kumpulan pengganas Daesh telah memberikan satu perkembangan yang menarik dari segi strategi balas masyarakat antarabangsa terhadap ancaman keganasan masa kini. Kumpulan pengganas ini juga membentuk dimensi baharu ancaman terhadap kestabilan politik antarabangsa. Yang lebih penting ialah Malaysia bukan lagi sebuah negara transit tetapi juga salah satu negara sasaran kepada serangan Daesh.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jun 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara