• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

ASEAN 50: Perkukuh Entiti Menjadi Gagasan Dunia
Tarikh Rakaman : 11 Ogos 2017
Tarikh Siaran : 13 Ogos 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Ruhanas Harun
  2. Dr. Suffian Jusoh

Malaysia dan Asean kini telah berusia lebih daripada separuh abad. Dengan usia seumpama itu, Malaysia dan Asean sudah semestinya mempunyai tahap kematangan yang baik berikutan tahap kestabilan politik, ekonomi dan keselamatannya yang baik. Perbincangan kali ini bertujuan untuk mengupas kestabilan Asean dari pelbagai sudut. Topik ini menjadi fokus perbincangan oleh wakil Majlis Profesor Negara bagi mengupas isu pencapaian kesatuan 10 negara Asean.

Diskusi ini melihat kepada cabaran untuk memperkukuhkan entiti Asean pada masa hadapan. Panel berpendapat, perjalanan Asean sebagai sebuah kesatuan serantau dilihat berbeza daripada Kesatuan Eropah kerana ia bermula sebagai sebuah organisasi politik untuk menyekat pengaruh kemasukan komunisme pada ketika itu dan selepas itu entiti yang mewakili Asia Tenggara ini mula berubah peranannya mengikut peredaran masa.

Antara cabaran lain dihadapi oleh Asean adalah 10 negara anggotanya mempunyai perbezaan ketara dari segi kemajuan ekonomi dan etnik. Misalnya, perbezaan di antara Singapura dan Kemboja. Walau bagaimanapun, elemen perbezaan itu tidak sepatutnya menjadi halangan bagi Asean untuk terus mewujudkan perubahan dan kemajuan di rantau Asia Tenggara.

Pembabitan China dan Amerika Syarikat di kawasan rantau Asia Tenggara turut dibincangkan di dalam topik ini memandangkan kedua-dua negara kuasa besar dunia ini sedang giat untuk memperluaskan kuasa masing-masing. China pada masa kini giat untuk memperkukuhkan ekonomi dengan melakukan pelaburan di negara Asean termasuklah Malaysia. Pada masa sama, isu Laut China Selatan yang turut mengheret pertembungan pengaruh kuasa China dan Amerika Syarikat di rantau ini juga turut dikupas oleh para panel.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Aug 13, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara