• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Bajet 2018 untuk Kesejahteraan Rakyat
Tarikh Rakaman : 19 Oktober 2017
Tarikh Siaran : 22 Oktober 2017
Panelis :
  1. Prof. Dato' Dr. Mustafa Mohd Hanefah
  2. Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Abdul Samad

Pengumuman Bajet 2018 merupakan perkara yang dinantikan oleh rakyat negara ini apabila menjelang hujung bulan Oktober pada setiap tahun. Pengumuman Perdana Menteri pada hari Jumaat 27 Oktober 2017 akan menjadi tumpuan oleh segenap lapisan masyarakat bagi melihat peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membela nasib rakyat dan meningkatkan ekonomi negara pada tahun berikutnya. Bagi melihat jangkaan perincian peruntukan tersebut, Majlis Profesor Negara mewakilkan dua panelis yang mempunyai kepakaran ekonomi untuk mengupas isu Bajet 2018 dengan rakyat di dalam Program Dialog Pemikir Negara.

Para panelis menjangkakan kerajaan akan memberi tumpuan terhadap perkara yang akan membentuk kesejahteraan rakyat dan bukan bersifat populis memandangkan ini merupakan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Corak pembentangan Bajet 2018 berdasarkan senario perkembangan sumber pendapatan minyak pada tahun ini antara perkara disentuh bagi membentuk sebuah pelan perbelanjaan membentuk kesejahteraan rakyat. Antara segmen yang tidak boleh lari adalah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pendidikan, kesihatan, perumahan, insentif untuk belia dan usahawan di kalangan generasi muda.

Selain itu, peningkatan kos sara hidup akan diambil kira dalam pembentangan Bajet 2018 terutamanya kepada golongan B40 yang terpaksa bergelut dengan peningkatan kos sara hidup. Nasib golongan kelompok pertengahan M40 perlu turut diberi perhatian memandangkan golongan ini hanya memperoleh sedikit bantuan daripada kerajaan dan pemberian insentif untuk meningkatkan pendapatan terutamanya yang tinggal di bandar harus dipertimbangkan. Kumpulan pertengahan ini juga banyak terjejas dari segi kenaikan kos sara hidup. Kerajaan diharapkan dapat memberi ruang kepada penyediaan kemudahan pelepasan cukai, skim bas sekolah dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.

Nilai integriti antara isu yang perlu diberi perhatian memandangkan ia bakal memberi persepsi kepada sistem pendidikan sesebuah universiti. Integriti ini paling paling kerana ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kualiti pendidikan yang diberikan dan cerminan akan dilihat kepada kualiti seseorang graduan.

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Oct 22, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara