Benarkah Islam Dibenci?

Sejak tragedi di New Zealand pada awal Mac lalu, MPN telah memilih tajuk Benarkah Islam Dibenci?. Berikut adalah isu-isu yang dibincangkan oleh para panelis:

  1. Umat islam perlu berusaha memperbaiki persepsi negatif masyarakat luar tentang islam.
  2. Umat islam perlu menangkis tuduhan negatif terhadap islam dengan menggambarkan islam itu indah.
  3. Umat islam perlu memperkuatkan institusi kekeluargaan dan masyarakat.
  4. Institusi kekeluargaan antara fokus utama yang perlu dilihat bagi mengelakkan berlakunya sikap benci terhadap islam.
  5. Persepsi kebencian tidak begitu dirasakan di negara kita kerana semangat perpaduan telah diterapkan sejak zaman sekolah.
  6. Media seperti televisyen memainkan peranan penting untuk mendidik masyarakat untuk menangkis tanggapan negatif terhadap islam.
  7. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan penting serta perlu menggunakan ruang untuk memperbetulkan keadaan dan mengambil tindakan melihat laporan berita mengenai dunia islam.

04.jpg

02.jpg

05.jpg

Posted in Sinar Ilmuwan, Utama on Apr 10, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara