• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Universiti
Tarikh Rakaman : 30 November 2017
Tarikh Siaran : 3 Disember 2017
Panelis :
  1. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose
  2. Prof. Datuk Seri Dr. Md Zabid Abdul Rashid

Pencapaian Universiti Awam (UA) dalam arena pendidikan tinggi di peringkat global adalah begitu memberangsangkan pada tahun ini. Antara kejayaan yang membanggakan adalah Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang dinobatkan sebagai fakulti ke-10 terbaik di dunia sehingga mendapat pengiktirafan daripada media Amerika Syarikat iaitu US News. Ini tidak termasuk lagi dengan peningkatan kedudukan beberapa universiti tempatan dalam ranking antarabangsa. Kejayaan itu secara tidak langsung memberi cerminan kepada kualiti sistem pendidikan tinggi negara kepada masyarakat dunia.  

Biarpun begitu, pencapaian tersebut belum tentu dapat menjamin kejayaan pada masa hadapan dengan ledakan perubahan teknologi yang sedang melanda seantero dunia terutama Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).  Sehubungan itu, di dalam Program Dialog Pemikir Negara pada kali ini para panelis menyarankan agar komuniti akademik perlu menyedari landskap pendidikan negara yang sedang dilanda gelombang perubahan yang besar. Perubahan ini turut melibatkan perubahan pada struktur dan polisi. Budaya pengajaran dan pembelajaran universiti antara kriteria utama yang perlu dilihat dalam konteks ini sebagai pemangkin dalam menggalas persediaan untuk menerima sebarang perubahan di peringkat global.  

Tumpuan juga perlu diberikan kepada sistem pendidikan tinggi negara secara keseluruhan iaitu melibatkan 20 universiti awam, 64 universiti dan kolej universiti swasta, 400 kolej swasta serta 67 politeknik dan kolej komunti yang akhirnya akan membekalkan graduan untuk pasaran kerja di dalam dan di luar negara. 

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Dec 04, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara