• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Dari Kepelbagaian Kepada Super Kepelbagaian

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-59 negara, topik perpaduan telah dipilih untuk menjadi topik diskusi bersesuaian dengan sambutan Bulan Kemerdekaan yang disambut pada setiap bulan Ogos. Elemen perpaduan dan pembentukan Malaysia ini merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan memandangkan penubuhan negara yang penuh kerharmonian ini terhasil daripada perpaduan rakyat berbilang kaum.

Para panel berpendapat kepelbagaian merupakan satu kelebihan yang ada di negara ini dan kepentingan untuk menjaga keharmonian masyarakat majmuk ini telah pun termaktub di dalam Perlembagaan. Sesungguhnya kepelbagaian ini perlu diraikan kerana ia merupakan satu kekuataan kepada Malaysia. Kupasan isu adalah penuh dinamik termasuk menyentuh aspek sejarah mengenai bagaimana sebuah negara yang dahulunya merupakan sebuah negara satu bangsa bertukar menjadi sebuah negara majmuk dengan kemasukan orang Cina dan India setelah British membawa mereka bagi memperkukuh kekuatan ekonomi pada masa itu.

Diskusi ini menyatakan Malaysia membenarkan kepelbagaian budaya dan kerana ia merupakan asas pembentukan negara ini kerana elemen tersebut telah termaktub dalam Perlembagaan.

Para panel menekankan betapa pentingnya aspek perpaduan dalam mengekalkan keharmonian negara. Antara yang disentuh mengenai semangat perpaduan dalam bidang sukan. Tanpa mengira latar belakang budaya dan agama setiap lapisan masyarakat akan bersatu memberi sokongan kepada atlet yang mewakili negara ketika bersaing dalam mana-mana acara di peringkat antarabangsa

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Aug 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara