• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Menyambut Nuzul Quran

    17 Ramadan 1439H

  • image

    Selamat Menyambut

    Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai

  • image

    Selamat Menyambut

    Hari Wesak

Dialog Industri 4.0: Anjakan Ke Hadapan Malaysia

Fenomena Revolusi Perindustrian (IR4.0) telah menyebabkan banyak pihak bimbang mengenai cabaran dan implikasi yang bakal dicetuskan terhadap segenap aspek kehidupan. Pada 9 Oktober 2017, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan satu sesi dialog dan mempelawa MPN untuk sama-sama membincangkan isu IR4.0 dan mencari mekanisme terbaik untuk negara berhadapan dengan cabaran dan gelombang revolusi teknologi ini pada masa hadapan.

Sesi dialog yang diadakan di Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Kuala Lumpur ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI dan Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid selaku Pengerusi MPN. Turut hadir sebagai peserta dialog ialah barisan Ketua Kluster MPN, ahli kluster, pakar industri, para profesor, pensyarah, wakil kementerian serta wakil agensi awam dan swasta. Fokus utama sesi dialog ini ialah bagi membincangkan implikasi kerjasama antara kerajaan, ahli akademik dan pihak industri dari sudut perkembangan IR4.0 dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Model Triple-Helix telah dicadangkan sebagai teras kepada penubuhan Malaysian Industrial Research and Knowledge Institute on Data Science and Intelligent Analytics (MiRiDSIA). Pada masa sama, perbincangan ini turut memberi perhatian kepada isu kekurangan kemahiran teknologi khususnya dalam kalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga menyebabkan ramai di antara mereka ketinggalan dan tidak bersedia untuk menghadapi cabaran IR4.0. Sesi dialog ini memutuskan untuk membentuk satu pasukan kerja khas yang menggabungkan tenaga dan pakar dari MITI, MPN dan Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi menggalas tanggungjawab di bawah Dasar Kebangsaan IR4.0 untuk membentuk sebuah blueprint yang holistik.

09.jpg

10.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Oct 09, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara