• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Etika, Kepimpinan & Nilai Dalam Memerangi Rasuah
Tarikh Rakaman : 12 Januari 2017
Tarikh Siaran : 15 Januari 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi
  2. Prof. Dr. Durrishah Idrus

Gejala rasuah merupakan kegiatan tidak bermoral yang perlu ditangani dengan segera kerana ia mampu meruntuhkan nilai-nilai integriti negara. Apatah lagi apabila ia melibatkan sektor awam yang merupakan platfom yang membentuk dasar dan polisi negara. Sudah pasti ia akan mendatang kerisauan kepada rakyat. Sejak kebelakangan ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat tangkapan terhadap penjawat yang berprofil tinggi di atas kesalahan integriti rasuah membuat nilai suapan besar sehingga mendatangkan kemarahan orang awam di dalam media sosial.

Isu strategik negara ini menjadi pilihan untuk dikupas oleh panelis golongan ilmuwan yang bersedia untuk berkongsi kepakaran mengenai kegiatan tidak bermoral itu. Dalam hal ini, memang diakui terdapat segelintir penjawat awam yang terlibat dengan gejala rasuah itu tetapi jumlahnya tidak begitu tinggi jika dibandingkan dengan sektor swasta dan orang awam lain. Menurut rekod SPRM pada tahun 2015, hanya 31 penjawat awam disabitkan sebagai pesalah rasuah daripada jumlah 100 orang pesalah rasuah. Sehubungan itu, adalah tidak adil untuk memberi tumpuan kepada sektor awam semata-mata.

Persepsi rakyat terhadap sektor awam ini perlu dilihat semula kerana ia bakal memberi kesan negatif pada masa hadapan. Penerangan dengan fakta kukuh perlu diberikan kepada rakyat dengan menjelaskan perkara sebenar dan bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan. Sekiranya tiada sebarang usaha yang dijalankan sudah pasti imej penjawat akan dipandang serong dan lebih teruk lagi ia akan mendatangkan pandangan negatif negara luar terhadap Malaysia. Pada masa sama, para panelis mengingatkan para ketua organisasi yang merupakan pemegang kuasa tertinggi di mana-mana jabatan perlu memainkan peranan untuk mengekang berlaku unsur gejala rasuah dan sentiasa memelihara nilai integriti.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jan 15, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara