• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Menyambut Nuzul Quran

    17 Ramadan 1439H

  • image

    Selamat Menyambut

    Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai

  • image

    Selamat Menyambut

    Hari Wesak

Evidence Based Intervention for Children with Autism Spectrum Disorder (ASD)

Menyedari hakikat tentang kepentingan untuk menyedarkan masyarakat mengenai hal menyediakan perkhidmatan intervensi awal kepada kanak-kanak autism, Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan dengan kerjasama Fakulti Kesihatan dan Sains Sosial, International University of Malaya-Wales (IUMW) telah menganjurkan sebuah forum bertajuk Evidence Based Intervention for Children with Autism Spectrum Disorder (ASD). Forum ini yang merupakan penerusan kepada perbincangan meja bulat ASD: Early Diagnosis and Intervention for Young Children pada 24 Mei 2017 ini diadakan untuk melihat secara serius mengenai isu kritikal berkaitan populasi kanak-kanak yang terkesan dengan ASD di Malaysia.

Topik yang dibincangkan meliputi aspek sosial, emosi, keperluan kognitif dan keperluan pembangunan kanak-kanak dan strategi pencegahan untuk membantu golongan berkenaan. Forum ini telah berjaya mengumpulkan lebih 100 peserta yang terdiri daripada wakil Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pakar psikiatri kanak-kanak, doktor, pengamal perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) dan Autism Behavioural Centre (ABC) dalam memberi sumbangan kepakaran masing-masing terhadap kewujudan dan keberkesanan pencegahan kepada kanak-kanak yang menghidap ASD.

Forum ini dijangkakan dapat menjadi perintis untuk membuka lebih banyak kajian penyelidikan dan mewujudkan kerjasama antara pakar berkaitan terhadap keberkesanan pencegahan ASD di Malaysia yang berupaya memberi kesan positif kepada masyarakat secara keseluruhannya.

31.png

32.png

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Nov 30, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara