• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Menyambut Nuzul Quran

    17 Ramadan 1439H

  • image

    Selamat Menyambut

    Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai

  • image

    Selamat Menyambut

    Hari Wesak

Forum Pertanian Ikatan Profesor Indonesia Malaysia (IPIMA) Ke-2

Forum Pertanian Ikatan Profesor Indonesia-Malaysia (IPIMA) 2017 telah diadakan pada 6 hingga 9 November 2017 bertempat di Bangunan Pejabat TNCPI, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Forum ini adalah anjuran bersama antara Kluster Pertanian dan Makanan, MPN dan Asosiasi Profesor Indonesia (API) dengan kerjasama UPM dan Institut Pertanian Bogor, Indonesia.

Forum Pertanian IPIMA 2017 yang bertemakan Transformasi Pertanian Ke Arah Kelestarian Kesejahteraan Serantau: Malaysia-Indonesia melibatkan penyertaan pensyarah dan pelajar dari institusi pendidikan tinggi, penjawat awam, agensi kerajaan, ahli korporat, wakil industri, syarikat swasta, dan badan bukan kerajaan dari Malaysia dan Indonesia.

Kesepakatan dan kerjasama antara kedua-dua negara ini amat penting untuk mentransformasikan sektor pertanian, mengurangkan persaingan dan meningkatkan daya saing di arena global ke arah mengukuhkan kelestarian serta kesejahteraan negara dan serantau khususnya dari aspek sekuriti makanan. Terdapat dua komponen utama dalam Forum Pertanian IPIMA 2017. Pertama, perbincangan dua hala Malaysia-Indonesia. Kedua, seminar dalam bidang pertanian dan makanan.

Kedua-duanya bertujuan membentuk pelan tindakan ke arah kelestarian dan kesejahteraan komuniti pertanian serantau serta berkongsi ilmu pengetahuan, dapatan penyelidikan, polisi dan pengalaman pelaksanaan polisi di antara kedua-dua negara. Sebanyak 100 kertas pembentangan lisan dan poster telah diterima daripada peserta Malaysia dan Indonesia. Turut diadakan adalah majlis makan malam bagi meraikan delegasi Indonesia dan semua yang terlibat dengan Forum IPIMA 2017.

38.jpg

39.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Nov 09, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara