• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Forum Pertanian IPIMA 2017

6 November 2017 : Forum Pertanian IPIMA 2017 yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dan Asosiasi Profesor Indonesia (API) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Institut Pertanian Bogor (IPB) telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, YB Datuk Seri Ismail Haji Bakar semalam.

IPIMA atau Ikatan Profesor Indonesia dan Malaysia merupakan kerjasama antara dua negara untuk mengeratkan hubungan serantau telah di institusikan pada tahun 2010 dan forum kali ini merupakan forum kedua yang dianjurkan selepas kali pertama di Bogor pada tahun 2013.

UPM menjadi tuan rumah bagi forum yang bersejarah ini dan forum selama 3 hari ni akan berlansung di Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM.

Posted in Program MPN, Utama on Nov 07, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara