• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Global Federation of Competitiveness Councils (GFCC)

Global Federation of Competitiveness Councils (GFCC) adalah rangkaian pemimpin dan organisasi dari seluruh dunia yang komited untuk melaksanakan strategi daya saing yang akan memacu inovasi, produktiviti dan kemakmuran bagi negara, wilayah dan bandar masing-masing. GFCC berperanan membangunkan dan melaksanakan idea, konsep, inisiatif dan mekanisme untuk memahami dan menavigasi landskap daya saing yang kompleks. Sehingga kini, GFCC memiliki lebih 60 keahlian di seluruh dunia yang terdiri daripada organisasi tidak berasaskan keuntungan (NGO), agensi kerajaan, universiti dan lain-lain syarikat yang saling bekerjasama dengan satu tujuan iaitu untuk membina kemakmuran negara yang mampan melalui elemen inovasi.

Bagi tahun 2017, mesyuarat tahunan GFCC telah diadakan pada 29 dan 30 November 2017 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur yang dihoskan oleh Malaysian Industry-Government Group on High Technology (MIGHT) dan turut disokong oleh organisasi di Malaysia seperti Tenaga Nasional, UEM, SIRIM, Koridor Utara dan MPN sebagai ahli GFCC. Turut diadakan bersempena dengan Mesyuarat Tahunan GFCC 2017 ini ialah Global Innovation Summit (GIS). Antara tetamu khas GIS ialah Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom yang mencemar duli sebagai Tetamu Kehormat pada Majlis Makan Malam Gala GFCC.

Pengisian program merangkumi program interaktif antara panel, perbincangan, pembentangan dan lawatan yang bertujuan untuk menangani masalah kerja, penggunaan dan pengeluaran dari perspektif inovasi dan teknologi pada masa hadapan. Perbincangan menumpukan kepada usaha untuk mengenal pasti dan memahami gangguan dalam teknologi serta kaedah untuk meningkatkan daya saing yang berinovasi. Pada masa sama, GFCC turut melancarkan 2017 Best Practices in Competitiveness Strategy Report dan 2017 Competitiveness Principles. Pada tahun ini, Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Pengerusi MPN telah menerima Global Competitiveness Award berikutan sumbangan beliau dalam kriteria Agenda Daya Saing.

43.jpg

44.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Dec 01, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara