• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Global Science and Innovation Advisory Council (GSIAC) 7th – Industry 4.0: Accelerating Digital Economy & Bioeconomy Agenda from Talk to Action

Mesyuarat Tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) Ke-7 ini telah diadakan di New Delhi, India dan dipengerusikan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri keenam Malaysia yang dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke negara itu. Lawatan yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India yang terjalin sejak 60 tahun lalu merupakan peluang kepada kedua-dua negara untuk bertukar pandangan dan memperkasakan kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa.

Antara yang hadir dalam acara antarabangsa ini ialah para ilmuwan, para pemikir dan pemimpin serta ketua industri yang bertujuan mengupas isu penting yang akan memacu pembangunan ekonomi digital dan bioekonomi dunia. Dari perspektif Malaysia bioekonomi merupakan bidang yang memiliki potensi besar berikutan kekayaan sumber semula jadi yang dimiliki negara serta kepentingan pertanian dan industri berasaskan tani kepada ekonomi negara dan rakyat.

Beliau berpandangan Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran sebagai negara berpendapatan tinggi dalam beberapa tahun akan datang. Pandangan ini berdasarkan kepada statistik dan laporan ekonomi yang menunjukkan Malaysia kini sedang menuju fasa yang positif. Mesyuarat pertama GSIAC telah diadakan pada 17 Mei 2011 di New York. Pada waktu itu, Malaysia sedang menekankan keperluan untuk meluaskan rangkaian kerjasama penyelidikan, pakatan strategik dan hubungan perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

35.png

36.png

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Apr 04, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara