• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Hentikan Gejala Buli dan Langkah Mengatasinya
Tarikh Rakaman : 21 Jun 2017
Tarikh Siaran : 2 Julai 2017
Panelis :
  1. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose
  2. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
  3. Prof. Madya Dr. Mariani Mohd Noor

Kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain dan T. Nhaveen akibat dibuli sehingga menyebabkan kecederaan parah telah menggemparkan negara. Kedua-dua kes ini telah menjadi isu negara sehingga ia menjadi tumpuan pihak media dan kerap dibincangkan di pelbagai saluran media elektronik.  

Majlis Profesor Negara tidak ketinggalan untuk diundang di dalam program ini untuk mengupas isu buli berkenaan dengan lebih mendalam. Pelbagai aspek berkaitan dengan kes buli ini telah diutarakan oleh panelis yang terlibat untuk dikongsikan dengan masyarakat. Persekitaran untuk berlakunya pembulian, profil pembuli, faktor pembulian, langkah pencegahan, kesan psikologi, perbincangan dari sudut governan serta perundangan antara elemen yang telah disentuh dalam perbincangan ini. Pada masa kini, perbezaan definisi antara istilah ragging dan buli dikupas bagi memastikan tiada kekeliruan yang timbul serta mengelakkan berlakunya kejadian menuding jari antara satu sama lain apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.   

Kes buli ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana ia mampu memberi kesan jangka masa panjang kepada pembuli dan mangsa buli pada masa hadapan. Komponen-komponen yang perlu diperhatikan oleh pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) telah digariskan dalam perbincangan ini bagi mengawal kejadian buli secara komprehensif. Ini termasuklah melibatkan peranan ibu bapa, unit kaunseling, pihak pengurusan sekolah dan pengurusan institusi pengajian itu sendiri serta polisi yang berkaitan. Kerjasama masyarakat juga perlu terlibat dalam komponen membanteras kejadian buli ini bagi menangani kes ini daripada merebak. Persekitaran pendidikan di negara ini perlu lebih kondusif dalam menyediakan ruang pembelajaran kepada pelajar.

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jul 02, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara