• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Himpunan Ilmuwan Warisan dan Peradaban Melayu

Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya
8-9 November 2017


Sekolah Pengajian Warisan dan Peradaban Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya dengan kerjasama Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Warisan Negara akan menganjurkan Himpunan Ilmuwan Warisan dan Peradaban Melayu pada 8-9 November 2017 di Universiti Islam Malaysia . Himpunan ini akan mengumpulkan Sarjana Warisan dan Peradaban Melayu dalam pelbagai displin ilmu yang akan membincangkan konsep dan gagasan dalam pembinaan warisan yang berasas tinggi dalam peradaban Melayu yang menjadi Tiang Seri Peradaban Malaysia.

Dijangka
Seramai 60 profesor daalam pelbagai bidang akan membentangkan kertas kerja mereka pada himpunan ini. Seterusnya kertas kerja ini akan diterbitkan dalam bentuk buku/ monograf untuk bacaan umum.

Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, selaku Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara akan merasmikan himpunan ini manakala majlis penutup pula akan disempurnakan oleh Prof. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, selaku Presiden Universiti Islam Malaysia Cyberjaya. Himpunan ini juga akan menyaksikan tiga orang tokoh terulung iaitu Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara dan Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr. Ab Latiff Abu Bakar, Ketua Sekolah Pengajian Warisan dan Peradaban Universiti Islam Malaysia yang akan menyampaikan kertas dasar dan Tan Sri Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia merangkap Pengerusi Yayasan Malaysia yang akan menyampaikan ucap utama.

Diakhir himpunan dijangka satu resolusi Himpunan Ilmuwan Warisan dan Peradaban Melayu akan dihasilkan.

Posted in Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya, Program Kluster, Utama on Nov 08, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara