• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Ilmuwan Prihatin Rakyat : Terengganu 2016

Program Ilmuwan Prihatin Rakyat telah diadakan di Terengganu pada 26-28 Mac 2016. Ia merupakan kolaborasi antara tiga entiti, iaitu Majlis Profesor Negara (MPN), Kerajaan Negeri Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kerjasama ini bertujuan untuk memaksimumkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pertanian dan pembangunan sosial kepada penduduk setempat.

Tiga kawasan berbeza telah dipilh untuk program in bagi melihat dan mengkaji mengenai pembangunan sosioekonomi dan budaya masyarakat di sekitar negeri Terengganu, iaitu Kampung Bukit Wan, Kuala Nerus; Kampung Pasir Akar, Besut dan Kampung Sungai Berua, Kuala Berang.

Di samping itu, program bersama pelajar sekolah yang mengambil peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sekitar daerah Kuala Terengganu turut diadakan di UniSZA dalam membantu dan membimbing pelajar dalam menentukan haluan mereka selepas tamat sekolah. Program ini telah dikendalikan oleh Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, MPN serta mendapat kerjasama dan penajaan daripada penerbit buku PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

Program ini merupakan saluran dan medium MPN sebagai pemikir negara untuk menyumbang tenaga dan kepakaran yang ada kepada mereka yang memerlukan khususnya kepada masyarakat setempat. Secara tidak langsung, masyarakat akan memperoleh khidmat daripada pakar dalam bidang berkaitan berkonsepkan "turun padang" secara percuma.

Program Perasmian Penutup telah diadakan pada 27 Mei 2016 yang disempurnakan oleh YB Dato' Wan Nawawi Hj. Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu.

Posted in Profesor Bersama Masyarakat on Mar 28, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara