• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Impak Bajet 2017

Program Dialog Pemikir Negara pada hujung bulan Oktober ini mengupas mengenai isu Bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen. Para panel dalam progam ini telah memberi kupasan mengenai penekanan perbelanjaan inklusif secara berhemat, belanjawan itu menetapkan matlamat untuk menyejahterakan kehidupan seluruh rakyat dalam mendepani cabaran ketidaktentuan ekonomi semasa di peringkat global. Bajet itu mencadangkan sejumlah peruntukan RM260.8 bilion dibelanjakan iaitu sebanyak RM214.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Melalui pengumuman Bajet 2017 yang telah dibuat, banyak peruntukan bakal disalurkan kepada rakyat melalui bentuk bantuan kewangan serta perbelanjaan pembinaan infrastruktur yang bakal memberi keselesaan kepada mereka bukan sahaja setakat 2017 malah pada tahun–tahun yang akan datang.

Memandangkan jumlah peruntukan yang disediakan kali ini meningkat berbanding tahun lalu, adalah penting untuk pihak kerajaan memastikan segala yang hendak disalurkan sampai ke sasaran yang telah ditetapkan. Para panel menegaskan pihak kerajaan harus memastikan tiada isu ketirisan atau penyelewengan berlaku dalam menyalurkan segala bentuk bantuan yang ingin disampaikan serta pelaksanaan segala bentuk projek yang bakal dibuat melalui peruntukan yang telah dirangka di dalam bajet berkenaan.

Selain itu, menurut panel Bajet 2017 berupaya mencari keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kestabilan fiskal dan seterusnya menambah baik kehidupan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Aspek kupasan bajet ini meliputi bidang sosial, sektor pendidikan tinggi dan sektor ekonomi secara keseluruhannya.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Oct 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara