• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Impak El Nino dan Panas Melampau

Isu El Nino dan panas melampau yang melanda negara menjadi pilihan untuk dibincangkan bersama panel jemputan bagi memastikan Program Dialog Pemikir Negara terus relevan untuk membincangkan isu strategik negara. Fenomena yang memperlihatkan paras air empangan semakin berkurangan, masalah bekalan air di beberapa kawasan di negara, tumbuhan menjadi kering dan terbakar serta peningkatan masalah akibat strok haba antara perkara yang telah dibincangkan dalam topik selama sejam ini.

Panel menerangkan bagaimana fenomena ini boleh terjadi sehingga mendatangkan kebimbangan kepada rakyat negara ini tentang bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada bahaya kesan fenomena El Nino yang melanda seluruh negara ini. Pada musim panas melampau kali ini, rekod bacaan tertinggi dicatakan di kawasan utara Semenanjung Malaysia dengan memperlihatkan Kedah dan Perlis mencatatkan suhu bacaan tertinggi.

Kebimbangan cuaca panas melampau tersebut telah mendorong para panel untuk memberi nasihat kepada para penonton agar menjaga kesihatan diri dan tidak memandang remeh mengenai impak suhu panas ini. Antara nasihat yang perlu diberi perhatian melibatkan minum air dengan kuantiti yang banyak, kurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengelakkan diri daripada terhidrasi dan memastikan tahap kesihatan berada di tahap terbaik.

Jangkaan mengenai sampai bila fenomena cuaca panas ini akan berterusan juga dibincangkan dalam program selama ini. Kesan kepada aspek pertanian terutamanya mengenai kegiatan ekonomi turut dibincangkan kerana ia secara tidak memberi kesan kepada sektor pertanian

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Mar 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara