• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Impak Sosial, Politik Serta Peranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

Isu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau Public Account Committee menjadi topik pilihan untuk diketengahkan dalam Program Dialog Pemikir Negara pada kali ini. Pemilihan topik ini dibuat setelah pelbagai persoalan dibangkitkan berhubung peranan yang dimainkan oleh PAC dalam melihat dan memeriksa tadbir urus kewangan negara dalam pelbagai isu termasuklah syarikat pelaburan strategik negara, 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).

Isu pada kali ini melihat bagaimana peranan PAC dalam memberi impak kepada sudut sosial, politik dan ekonomi memandangkan PAC merupakan sebahagian daripada proses semak dan imbang mengenai perbelanjaan awam negara. Antara isu yang dikupas mengenai PAC ini adalah berhubung dakwaan pelbagai pihak yang menuduh jawatankuasa Parlimen itu seolah-olah gagal untuk menjalankan pemeriksaan untuk meneliti perbelanjaan kewangan negara.

Pada masa sama, sesi perbincangan ini menerangkan mengenai kekeliruan pelbagai pihak mengenai kuasa yang dimiliki oleh PAC dengan jabatan lain yang turut terlibat dengan proses semakan kewangan negara ini seperti Jabatan Audit Negara. Perlu diingatkan, PAC ini tertubuh dalam semua Parlimen dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan secara Komanwel. Integriti dan ketelusan laporan yang dikeluarkan oleh PAC juga menjadi perkara disentuh panel dari aspek keahlian PAC yang turut melibatkan wakil daripada pakatan pembangkang. Keterbukaan ini adalah untuk memastikan rakyat tidak melihat adanya unsur berat sebelah dalam proses semakan pengurusan dana negara sekiranya ahli jawatankuasa hanya dimonopoli oleh wakil Barisan Nasional (BN) semata-mata.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Apr 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara