• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Integriti Sistem Pendidikan Tinggi Negara
Tarikh Rakaman : 6 Oktober 2017
Tarikh Siaran : 8 Oktober 2017
Panelis :
  1. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose
  2. Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa

Tindakan Kerajaan Oman melarang pelajar-pelajarnya menyambung pengajian di empat institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini telah memberi tamparan kepada kerajaan dan dunia pendidikan negara secara keseluruhannya. Imej Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Universiti Pengurusan dan Keusahawanan Binary dan Universiti Segi tercalar disebabkan oleh tindakan tersebut dan menyebabkan pihak pengurusan universiti berkenaan mencari jalan penyelesaian segera bagi menjernihkan kembali keadaan.

Kerajaan sudah pastinya memandang isu ini dengan lebih berat kerana biarpun hanya melibatkan empat buah IPT ia telah memberi imej negatif dan menjejaskan usaha untuk menarik kehadiran pelajar antarabangsa memilih Malaysia sebagai destinasi untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Isu governans dan integriti antara perkara yang dikupas, mengenai bagaimana pihak universiti perlu memberi tumpuan kepada beberapa aspek pengurusan yang perlu diberi perhatian dan tidak menganggapnya sebagai perkara remeh. Contohnya, mengenai urusan dokumen perjalanan. Ini kerana setiap pelajar yang datang daripada negara yang berbeza mempunyai sikap dan budaya yang pelbagai.

Nilai integriti antara isu yang perlu diberi perhatian memandangkan ia bakal memberi persepsi kepada sistem pendidikan sesebuah universiti. Integriti ini paling paling kerana ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kualiti pendidikan yang diberikan dan cerminan akan dilihat kepada kualiti seseorang graduan.

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Oct 09, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara