• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

IR4.0 Disruption and it’s Implications on the Malaysian Society

Pada 19 Disember 2017, MPN Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program wacana yang bertajuk IR4.0 Disruption and it’s Implication on the Malaysia Society bertempat di EDC Hotel & Resort, UUM. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak selaku Naib Canselor UUM merangkap Pengerusi MPN UUM. Empat orang panel dalam sesi wacana ini ialah Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin (UUM), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani (UUM), Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar (MPN) dan Prof. Dr. Ali Selamat (UTM). Manakala, Prof. Dr. Suhaidi Hassan (UUM) pula bertindak sebagai moderator.

Para panel berpendapat, pengendalian IR4.0 secara efektif mampu mengupayakan negara sebagai sebuah negara maju dari sudut teknologi. Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi robotik ini akan turut membawa bersama gangguan terhadap aturan biasa kehidupan seperti peningkatan kadar pengangguran dan kebocoran data peribadi. Disebabkan itu, tahap ketersediaan yang tinggi adalah penting berikutan revolusi teknologi ini akan membawa perubahan dan mentransformasikan sebahagian besar kehidupan manusia. Perkembangan teknologi hari ini telah melahirkan generasi digital yang meningkatkan kebergantungan masyarakat kepada alat teknologi dan internet. Apabila ini berlaku, sudah pastinya gangguan dalam kehidupan seharian individu itu akan berlaku. Setiap individu perlu memahami keperluan kendiri terhadap penggunaan teknologi kerana gangguan boleh mencapai tahap kritikal sekiranya individu tidak mampu mengawal keperluannya terhadap teknologi atau tidak mampu untuk menyesuaikan dirinya dengan inovasi teknologi tersebut.

Malaysia masih belum sepenuhnya berada pada landasan bersedia untuk menghadapi IR4.0. Malaysia memerlukan lebih banyak pakar dalam pelbagai bidang untuk sama-sama bergandingan dan membantu rakyat untuk menggunakan teknologi dan menghadapi cabaran IR4.0. Oleh yang demikian, golongan ilmuwan disaran untuk berperanan sebagai pembimbing dan menyediakan panduan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing agar masyarakat dan negara berupaya untuk menghadapi setiap perubahan yang berlaku dengan baik. Dalam pada itu, semua pihak mestilah jelas sama ada suatu aspek itu perlu diwujudkan, diubah, diperkukuhkan ataupun dikekalkan kerana implikasi yang dibawa oleh IR4.0 masih lagi tidak jelas. Program keilmuwan yang berbentuk think tank juga perlu lebih banyak diadakan supaya perubahan yang bakal berlaku dapat dilihat dari pelbagai perspektif.

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Dec 19, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara