• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Isu dan Cabaran Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia

Isu strategik negara yang menjadi pilihan Dialog Pemikir Negara berhubung isu dan cabaran pengurusan pekerja asing di Malaysia. Hanya dua perspektif yang wujud berhubung kehadiran pekerja asing ke negara ini, iaitu positif ataupun negatif. Menyedari keperluan untuk menjelaskan isu tersebut, progam Dialog Pemikir Negara tampil dengan kupasan golongan ilmuwan bagi membicarakannya dengan lebih mendalam. Isu kehadiran pekerja asing telah menjadi polemik berpanjangan kepada negara dan pelbagai persepsi telah wujud berhubung perkara tersebut. Pada masa sama, kehadiran pekerja asing untuk membantu memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara tidak boleh dipertikaikan kerana mereka amat diperlukan untuk mengisi ruang kekosongan dalam sektor pembinaan, pengilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan. Keadaan ini menunjukkan Malaysia berkongsi keperluan yang sama terhadap tenaga pekerja asing seperti Singapura (30 peratus atau 40 peratus) dan Qatar (70 hingga 80 peratus) bagi memenuhi keperluan ekonomi negara. Sehingga kini dianggarkan terdapat sekitar 2.2 juta tenaga kerja asing di Malaysia.

Namun angka tersebut diragukan oleh pelbagai pihak disebabkan terdapat perspektif negatif berhubung kebanjiran golongan ini kerana mereka menganggap jumlah sebenarnya adalah lebih. Ada juga beranggapan bahawa benarkah pekerja asing berkenaan memasuki sektor yang dibenarkan atau melencong daripada sektor yang diberikan. Ini kerana rakyat menyedari kehadiran pekerja asing ini berniaga di pasar malam dan membuka kedai serta terlibat dalam beberapa kegiatan ekonomi lain lagi. Sudah pasti kebanjiran ini mendatangkan ketidakselesaan kepada rakyat negara ini kerana beranggapan peluang di tanah air sendiri diambil oleh orang luar.

Biarpun begitu, jumlah tersebut akan berlaku perubahan pada masa hadapan memandangkan sering berlaku perubahan permintaan daripada sektor kegiatan ekonomi negara. Justeru, perlu ada sistem pengurusan pekerja asing yang lestari bagi memastikan wujudnya persepsi positif terhadap pekerja asing dan daripada situ juga semua pihak perlu menerima kewujudan sebuah statistik yang diakui kesahihannya.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Feb 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara