• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik TPPA


Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) membuka tirai 2016 dalam Program Dialog Pemikir Negara pada kali ini. TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang telah dirundingkan sebagai sebahagian daripada Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik sejak 2010. Perbincangan ini bertepatan dengan inisiatif kerajaan untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu TTPA.

Kesan dan faedah yang diperoleh Malaysia melalui perjanjian ekonomi itu antara yang disentuh oleh panel jemputan untuk dikongsikan dengan rakyat. Pelbagai reaksi positif mahupun negatif timbul atas keputusan kerajaan yang mahu menyertai perjanjian tersebut. Suara yang tidak setuju dengan penglibatan Malaysia dalam TTPA sering kedengaran di media sosial dengan mengkritik tindakan tersebut dan menyatakan impak negatif berhubung penyertaan Malaysia.

Panel berpendapat melalui TPPA, kerjasama antara negara-negara terlibat mampu mempertingkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia serta perolehan dan mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat. Terdapat 12 negara yang terlibat dengan TTPA iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Malaysia. Negara terlibat telah memuktamadkan rundingan TPPA di Atlanta pada 5 Oktober 2015 dan menandatangani perjanjian itu di Auckland pada 4 Februari 2016.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jan 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara