• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Isu Perumahan Negara

Dialog Pemikir Negara pada sesi ini memilih tajuk bagaimana corak taburan penduduk melalui projek perumahan dapat menjamin keharmonian negara. Perbincangan ini menjurus bagaimana perancangan yang baik dalam membina sesebuah projek perumahan akan dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Para panel berpendapat kerjasama semua pihak berkaitan yang terlibat dalam projek perumahan perlu mengambil kira aspek perpaduan dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Komposisi taburan kaum juga perlu dikenalpasti supaya ianya tidak tertumpu kepada sesebauh kaum semata-mata. Kepelbagaian kaum dalam satu kawasan perumahan mampu mewujudkan sebuah kejiranan yang harmoni apabila wujudnya kepelbagaian budaya.

Fungsi pihak kerajaan juga disentuh dalam perbincangan ini tentang bagaimana strategi dan inisiatif boleh dilaksanakan untuk menjayakan sebuah kawasan perumahan yang harmoni. Selain itu, peranan syarikat pemaju perumahan juga dikupas dalam melihat taburan kawasan perumahan yang ada di seluruh negara.

Perbincangan ini juga melihat kepada keperluan rumah itu sendiri, memandangkan memiliki kediaman adalah satu keperluan. Melaui kediamaan inilah sebuah keluarga akan dibina dan di dalam kawasan kejiranan inilah anak-anak akan membesar dan di sini dalam persekitaran budaya itulah mereka akan dibesarkan. Sekiranya kawasan perumahan itu berada dalam keadaan harmoni dan penuh perpaduan sudah pasti persekitarannya berada dalam keadan selamat.

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Apr 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara