• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Isu Usul Pindaan Akta 355

Dialog Pemikir Negara pada kali ini mengenengahkan isu perundangan hangat yang menjadi topik perbualan pelbagai pihak berhubung usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei 2016 dalam Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 di Dewan Rakyat.

Pembentangan rang undang-undang oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu telah menimbulkan pelbagai polemik dan persoalan daripada pelbagai pihak antaranya adakah pembentangan rang undang-undang persendirian tersebut bertujuan untuk mewujudkan sebuah undang-undang baru atau sebagai usaha untuk merealisasikan hukum hudud.

Diskusi yang menjadi tumpuan ini menyaksikan para panelis menasihatkan penonton perlu melihat kepada perspektif positif terhadap pembentangan tersebut iaitu untuk memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah dan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan. Antara yang disentuh adalah kuasa merotan sebanyak maksimum enam kali sebatan, denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun. Melalui cadangan pindaan usul persendirian itu, ia hanya terpakai kepada orang Islam di negara ini dan tidak memberi kesan langsung kepada golongan bukan Islam, selagi hak beragama yang diamalkan bersikap aman dan damai terhadap Islam. Usul berkenaan bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan. Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan selain hukuman mati.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on May 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara