• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Menyambut Nuzul Quran

    17 Ramadan 1439H

  • image

    Selamat Menyambut

    Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai

  • image

    Selamat Menyambut

    Hari Wesak

The IV International Conference on Humanities, Social Science and Technologies Conference (ICHSST) 2017

Persidangan yang berlangsung pada 25 dan 26 November 2017 di University of Leeds, United Kingdom ini merupakan kolaborasi penting antara MPN dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pendidikan Malaysia dan Persatuan Pasca Siswazah Malaysia, UK Eire (MPA).

Selain daripada menjadi platfom kepada para penyelidik, ahli akademik, ahli industri dan pelajar pasca siswazah untuk bertukar-tukar idea dan pandangan, persidangan ini juga merupakan wadah yang membentuk hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara luar khususnya United Kingdom dan Ireland untuk saling bekerjasama dan memfokuskan kepada isu kontemporari.

Empat topik yang menjadi fokus dalam persidangan ini ialah Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sains dan Teknologi, Kejuruteraan, serta Perniagaan dan Kewangan. Seramai hampir 100 orang peserta telah membuat pembentangan kertas kerja yang dikategorikan kepada empat kluster iaitu Kluster Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kluster Alam Sekitar, Sains dan Kemampanan Teknologi, Kluster Kejuruteraan, serta Kluster Informatik, Matematik, Sains Gunaan dan Sains Komputer.

Penganjuran persidangan ini diharapkan akan menjadi permulaan yang baik kepada hubungan jangka panjang antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dan di peringkat antarabangsa dalam hal perkongsian ilmu untuk pembangunan manusia sejagat.

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Nov 26, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara