Karnival STEM @ Melaka 2017

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Melaka (JPNM) akan menganjurkan Pertandingan Robotik UTeM sempena Karnival Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) pada 19 dan 20 September 2017 akan datang.

Pertandingan yang diadakan sempena Karnival STEM negeri Melaka ini adalah khusus kepada pelajar sekolah menengah yang mempunyai pengalaman dalam membangunkan robot bagi tujuan pertandingan.

Menurut Pengarah Program STEM negeri Melaka merangkap Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UTeM, Prof. Dr. Rabiah Ahmad berkata, untuk pertandingan kali ini, tugasan yang perlu diselesaikan oleh para pelajar yang bertanding adalah dirancang mengikut kesesuaian tahap pengetahuan pelajar berkenaan bidang robotik yang sedia dipelajari di sekolah.

“Pertandingan ini akan dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah UTeM dengan kerjasama pelajar-pelajar UTeM yang mana konsep pertandingan adalah setiap pasukan akan diminta untuk membina robot dengan menggunakan Lego EV3 atau NXT untuk mengangkat blok yang akan diletak di dalam kawasan pertandingan ke kawasan yang ditetapkan”, ujar beliau sewaktu ditemui semasa pelancaran Karnival STEM negeri Melaka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://www.facebook.com/robotUTeM/

Posted in MPU Chapter UTEM, Program MPU, Utama on Sep 14, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara