• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Karnival STEM Negeri Melaka

Kerajaan Malaysia melalui pelbagai wadah dan saluran kini sedang merangka pelbagai inisiatif yang dapat meningkatkan minat masyarakat khususnya pelajar sekolah untuk menceburi bidang sains dan teknologi. Berikutan itu, MPN Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival STEM peringkat Negeri Melaka pada 20 September 2017 bertempat di Dewan Besar, UTeM. Karnival ini telah dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN. Turut hadir ialah Datuk Seri Hj. Md. Yunos Husin, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka.

Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar sekolah mengenai kepentingan pendidikan dalam bidang STEM khususnya dalam era negara menuju fasa IR4.0 dan mencapai negara maju. Oleh yang demikian, pengisian karnival ini sarat dengan aktiviti yang memerlukan peserta berfikir dan mengaplikasikan ilmu STEM. Antaranya ialah pertandingan Science to Action (S2A) iaitu pertandingan yang memerlukan peserta menggunakan elemen sains sebagai teras untuk berinovasi.

Bersempena dengan karnival ini juga, turut diadakan adalah Pertandingan Robotik UTeM menggunakan Lego EV3 atau NXT yang dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah yang mempunyai pengalaman dalam membangunkan robot bagi tujuan pertandingan. Hasil daripada penganjuran karnival ini dijangkakan dapat membuka minda pelajar dan meningkatkan potensi pelajar untuk menceburi bidang sains sama ada di peringkat pengajian tinggi mahupun dalam bidang pekerjaan.

07.jpg

08.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017, MPU Chapter UTEM on Sep 20, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara