• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Ke Arah Memartabatkan STEM
Tarikh Rakaman : 17 November 2017
Tarikh Siaran : 19 November 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Kamaruddin M. Said
  2. Prof. Dato' Wan Mat Zin Wan Yunus
  3. Prof. Dr. Khudzir Ismail

Laporan media massa mengenai pendedahan jumlah stastistik penglibatan pelajar dalam bidang pengajian berkaitan Sains Teknologi Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) hanyalah di sekitar 21 peratus sahaja memberi kejutan kepada ramai pihak. Jumlah ini jauh ketinggalan daripada sasaran 60 peratus dalam bidang tersebut pada tahun 1967. Jumlah itu juga bukanlah merupakan jaminan untuk mereka memilih untuk melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang tersebut apatah lagi untuk memilih kerjaya dalam bidang berkaitan STEM. Menyedari keperluan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai situasi yang genting ini, para ilmuwan memutuskan untuk memilih isu STEM untuk dibincangkan di dalam Program Dialog Pemikir Negara bersempena dengan Penganjuran Kongres Kebangsaan STEM Majlis Profesor Negara 2017 yang diadakan pada 21 November 2017 di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie Shah Alam.  

Perbincangan ini membawa panel untuk menyentuh aspek berkaitan persepsi, situasi semasa dan cadangan mengenai isu STEM di negara ini. Para panelis menegaskan sudah tiba masanya persepsi negatif berhubung pemilihan kerjaya dalam bidang STEM ini diperbetulkan. Ini kerana STEM antara bidang yang menjanjikan pulangan gaji yang lumayan dan tanggapan negatif mengenai kesukaran untuk mempelajari bidang pengajian berkaitan STEM perlu segera diubah.  

Antara cadangan yang dikemukan dalam program diskusi selama sejam ini adalah mengubah teknik pengajaran bagi mata pelajaran berkaitan bidang STEM; silibus dalam bidang pengajian ini perlu diintegrasikan bagi memastikan ianya mempunyai kaitan di antara satu sama lain; asas mengenai bidang STEM ini perlu didedahkan sejak di peringkat pra sekolah lagi dengan konsep sains yang amat mudah; peranan ibu bapa dalam memberi nasihat mengenai peluang kerjaya serta peranan guru kaunseling mengenai kerjaya dalam bidang STEM.  

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Nov 19, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara