• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Kejatuhan Harga Minyak Dunia & Ubah Suai Bajet 2016

Isu harga minyak yang turun secara mendadak sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membuat semakan terhadap Bajet 2016 telah menjadi topik pilihan untuk dibincangkan pada kali ini. Harga minyak yang dahulunya mencecah pada harga USD100 setong pada 2014 kini terus menjunam lebih daripada 50 peratus dengan harga sekitar USD30 setong.

Impak penurunan itu telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia kerana secara signifikannya komponen pendapatan kerajaaan bersumberkan daripada industri petroleum. Keadaan ini menyebabkan sumbangan dividen Petronas kepada pendapatan kerajaan semakin berkurangan, sekiranya pada 2015 sekitar 14 peratus tahun ini sudah pasti akan terus menurun dianggarkan sekitar tujuh hingga lapan peratus sahaja. Keadaan ini menunjukkan negara tidak boleh lagi bergantung kepada petroleum sahaja tetapi mempelbagaikan sumber pendapatan bagi memastikan kelestarian fiskal kerajaan untuk menguruskan ekonomi negara dalam konteks bajet.

Komponen pendapatan negara tertumpu kepada dua sektor utama, iaitu kelapa sawit dan minyak mentah. Kedua-dua sektor ini menjadi pemacu ekonomi Malaysia. Dua sektor ini pula mempunyai dengan sektor lain dalam memaju pertumbuhan ekonomi negara, jadi sekiranya kedua-dua sektor ini terjejas sudah pasti ia akan memberi kesan kepada sektor lain. Penurunan harga minyak ini sudah pasti akan memberi kesan kepada Malaysia kerana 80 peratus eksport negara adalah daripada sumber petroleum.

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Jan 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara