• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Kejayaan Rio 2016 & Pembangunan Sukan Negara

Kejayaan Malaysia memperoleh tiga pingat perak dan satu gangsa dalam temasya Sukan Olimpik Rio 2016 menunjukkan atlet tempatan mampu bersaing dengan atlet antarabangsa. Kejayaan Dato' Lee Chong Wei, beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran Goh Liu Ying-Chan Peng Soon serta jaguh berbasikal negara Azizul Hasni Awang ternyata berjaya memberi aspirasi kepada rakyat negara ini. Kejayaan tersebut telah memberi motivasi kepada rakyat Malaysia bahawa dengan latihan dan keazaman yang tinggi semua orang mampu berjaya.

Terpanggil dengan kejayaan tersebut, program Dialog Pemikir Negara memilih topik ini untuk dikongsikan dengan masyarakat. Para panel mengulas bagaimana kejayaan tersebut memberi kesan kepada semua aspek termasuk sosial dan identiti Malaysia di mata dunia.

Seterusnya isu pembangunan sukan negara menjadi topik yang disentuh oleh panel tentang inisiatif untuk mencungkil bakat dan memperkasa bakat atlet di masa hadapan. Usaha perlu dilakukan bermula sekarang bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh atlet sedia ada. Program memperkasa bakat perlu terus dilaksanakan bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai termasuklah meneruskan kecemerlangan sekolah sukan menghasilkan atlet generasi baharu yang berpotensi untuk digilap ke peringkat antarabangsa.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Sep 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara