• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Keperluan Dan Cabaran Transformasi Pengangkutan Awam
Tarikh Rakaman : 23 Februari 2017
Tarikh Siaran : 26 Februari 2017
Panelis :
  1. Prof. Dato' Dr. Alias Abdullah
  2. Prof. Madya. Dr. Sabariah Mohamad
  3. Prof. Ir. Dr. Mohamed Rehan Karim

Pengangkutan awam antara perkara utama yang perlu diberikan tumpuan dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50). Penambahbaikan sistem pengangkutan awam sentiasa menjadi keutamaan kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi dan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di Kuala Lumpur.

Isu strategik ini menjadi fokus untuk dibincangkan dalam program Dialog Pemikir Negara dengan menyentuh beberapa aspek berhubung pembangunan sistem pengangkutan awam negara. Antaranya ialah mengenai kemampuan kerajaan untuk memenuhi kapasiti keperluan pengangkutan awam yang mencukupi kepada pengguna dan kesediaan pengguna memilih kenderaan awam sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja.

Diskusi selama sejam ini turut menimbulkan persoalan adakah lokasi stesen pengangkutan awam yang dibina berada pada kedudukan strategik dan memenuhi permintaan pengguna dengan memudahkan mereka berulang alik dari rumah ke tempat kerja serta dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Cabaran pengangkutan awam pada masa hadapan terutamanya dengan gelombang era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) turut disentuh, mungkinkah berlaku trend perubahan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan pengguna. Ini kerana dalam tempoh 50 tahun akan datang kehidupan rakyat dijangka akan berubah disebabkan oleh kesan penggunaan teknologi, Internet of Thing (IoT) dan Big Data. Perubahan ini sudah pasti ia akan memberi implikasi kepada cara manusia bekerja pada ketika itu.

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Feb 26, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara