• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Kesan Pemilihan Donald Trump sebagaI Presiden Amerika Syarikat

Keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) menyaksikan hartawan hartanah, Donald Trump dipilih oleh rakyat negara kuasa besar itu menjadi Presiden AS yang ke-45. Keputusan itu telah memberi kejutan kepada banyak pihak memandangkan Hillary Clinton merupakan calon yang dijangka akan memegang jawatan Presiden. Penganalisis politik di seluruh dunia agak terkejut dengan keputusan itu, kerana Trumph yang dilihat selalu mengeluarkan kenyataan tidak berasas semasa kempennya terutamanya berhubung pandangannya terhadap imigran dan umat Islam serta hubungannya dengan China.

Terpanggil dengan isu tersebut, program Dialog Pemikir Negara mahu mengupas dan membincangkan kesan pemilihan Trumph itu. Kesan pemilihan itu bukan hanya dirasai Malaysia malah pada seluruh rantau dunia pada keseluruhannya. Sekiranya berlaku perubahan kepada landskap hubungan politik dan ekonomi di antara Amerika Syarikat dengan China sudah pasti ia bakal memberi kesan kepada negara Asia dan rantau Asia Tenggara.

Dasar luar Trump antara perkara yang dilihat oleh panel memandangkan Presiden baru itu mengamalkan dasar yang berbeza dengan Barrack Obama. Dalam hal ini, para panel menegaskan sekiranya Amerika Syarikat keluar daripada konflik Laut China Selatan sudah pasti ia tidak akan dapat mengimbangi pengaruh kuasa negara Tembok Besar itu di rantau Asia dan merupakan sebuah tindakan yang merugikan.

Selain itu, dasar Trump mengenai imigran dan umat Islam perlu dilihat semula kerana pendekatannya tidak dapat menguntungkan negara itu kerana kebanyakan bidang profesional di sana majoritinya diisi oleh golongan imigran. Perlu diingatkan juga sejarah penubuhan Amerika Syarikat itu sendiri bermula daripada kedatangan golongan imigran.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Nov 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara