• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Kongres Kebangsaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 2017

Susulan daripada agenda negara terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), Kluster Sains dan Matematik, MPN dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan Kongres Kebangsaan STEM 2017 pada 21 hingga 22 November 2017 bertempat di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie, Shah Alam. Seramai kira-kira 400 orang telah menghadiri kongres ini bagi membincangkan tema Ke Arah Memartabatkan Kerjaya dan Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Sains dan Teknologi.

Penganjuran Kongres STEM 2017 ini adalah berdasarkan kepada pendirian kerajaan bahawa masa depan negara dan rakyat Malaysia turut ditentukan oleh keupayaan dan pemikiran generasi muda untuk merealisasikan agenda negara yang berteraskan sains, teknologi dan inovasi. Sebanyak 13 penemuan dan sembilan saranan telah digariskan dalam kongres ini. Media melaporkan kira-kira 65 peratus kanak-kanak di sekolah rendah di seluruh dunia termasuk Malaysia didapati akan bekerja dalam sektor pekerjaan yang berteraskan ilmu sains dan teknologi. Namun, di Malaysia hanya 21 peratus sahaja pelajar di sekolah menengah yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Jumlah peratusan yang rendah itu menyebabkan kira-kira 5,000 hingga 7,000 tempat belajar dalam bidang STEM di semua universiti awam di Malaysia tidak dapat diisi kerana kekurangan bilangan calon yang berkelayakan.

Kongres STEM 2017 menyarankan agar usaha menggalakkan generasi muda untuk mengambil mata pelajaran STEM di peringkat sekolah menengah, kolej dan universiti terus diperhebatkan. Antaranya, majikan di sektor awam dan swasta juga perlu menawarkan ganjaran gaji, imbuhan, elaun dan bayaran insentif yang lumayan dan menarik. Manakala, guru dan pensyarah dalam bidang sains, teknologi dan inovasi juga perlu diberikan latihan berterusan dan ganjaran yang lebih baik untuk meningkatkan iltizam mereka sebagai pendidik.

Pada masa sama, penganjuran kongres ini turut melibatkan perkongsian kejayaan Negara Korea Selatan yang berjaya menukar status negara pertanian kepada negara perindustrian hasil penguasaan rakyatnya dalam bidang STEM. Perkongsian tersebut telah disampaikan melalui syarahan oleh Prof. Dr. Kim Jin-Soo yang dijemput khas dari Korea National University of Education yang bertajuk STEM Succes Story: Korea Experience.

17.jpg

18.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Nov 22, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara