• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Kuala Lumpur Engineering Science Fair (KLESF)

Kuala Lumpur Engineering Science Fair (KLESF) adalah festival sains terbesar di Malaysia yang dianjurkan setiap tahun bermula dari tahun 2013. Matlamat utama KLESF adalah untuk memberi inspirasi dan meningkatkan minat pelajar sekolah di Malaysia terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Pada masa sama, dapat membina jaringan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam mempromosikan aktiviti yang menekankan pembelajaran secara eksperimen melalui kaedah interaktif.

Sehubungan itu, Projek Khas Nasional (Pengajian Tinggi Swasta) tidak melepaskan peluang untuk mewakili MPN mengambil bahagian dalam festival ini sebagai salah satu inisiatif untuk memperkasakan bidang sains dan teknologi negara. Dalam program yang berlangsung pada 3 hingga 5 November 2017 ini, Projek Khas Nasional (Pengajian Tinggi Swasta) telah menyusun pelbagai strategi untuk memupuk minat dan menggalakkan pelajar sekolah memilih kerjaya dalam bidang sains dan teknologi.

Selain itu, pihak industri, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan (NGO) juga turut mengadakan pemeran STEM. Pameran ini merupakan platfom terbaik kepada kumpulan organisasi ini untuk mempamerkan hasil ciptaan dan produk keluaran mereka kepada masyarakat. Pertandingan Inovasi, Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan, bengkel amali serta demonstrasi sains dan eksperimen dalam bidang kimia, biologi, fizik, matematik dan teknologi maklumat turut diadakan. Majlis perasmian festival ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

11.jpg

12.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017, Projek Khas Nasional (Pengajian Tinggi Swasta) on Nov 05, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara