Kunjungan Hormat bersama Atase Pendidikan Indonesia


Majlis Profesor Negara (MPN) telah mengadakan Kunjungan Hormat Bersama Atase Pendidikan, Dr. Mokhammad Farid Maruf sebentar tadi di pejabat beliau. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, MPN iaitu Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose serta Timbalan Presiden MPN, Prof. Dr. Kamaruddin M. Said mewakili MPN untuk Kunjungan Hormat ini. Program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan mengukuhkan hubungan kedua-dua buah negara mengenai isu-isu strategik seperti Pendidikan, Kelapa Sawit, Bahasa dan Tenaga Kerja. Turut hadir ke program ini ialah Mantan Atase Pendidikan iaitu, Prof. Ir. Dr. Ari Purbanyanto. Kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan susulan untuk memastikan penyelesaian mengenai isu-isu strategik tersebut dapat dicapai melibatkan kepakaran dan pengalaman ilmuwan dari kedua-dua buah negara.

mpn_01.jpg

mpn_02.jpg

mpn_04.jpg

Posted in Kunjungan Hormat, Utama on Mar 05, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara