• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Kunjungan Hormat ke Pejabat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Delegasi Majlis Profesor Negara (MPN) telah mengadakan kunjungan hormat bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di pejabat beliau sebentar tadi. Kunjungan hormat ini merupakan rentetan dari Mesyuarat Penyelarasan Program Profesor Bersama Masyarakat (PPBM) Sabah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Fakulti Kemanusiaan dan Seni Warisan bersama Majlis Profesor Universiti (MPU) Chapter Universiti Malaysia Sabah (UMS) awal hari ini.

Antara hasil pertemuan dua pihak ini adalah persetujuan mengenai pelan pelaksanaan bagi program yang bakal dilangsungkan dari 18 – 21 April 2018 di empat Kawasan; Beaufort, Tuaran, Kudat dan Kota Belud.

Perbincangan berkenaan program dilanjutkan sewaktu sesi makan malam bersama agensi kerajaan negeri Sabah dan rakan strategik yang lain. Antara yang hadir ke sesi makan malam tersebut termasuklah YBhg. Datuk Nor Rizan bin Mohd Thani, Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan Ybrs. Puan Zainab bt Othman, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu.

ums01.jpg

menteri02.jpg

uitm02.jpg

uitm01.jpg

dinner01.jpg

dinner02.jpg

dinner03.jpg

dinner04.jpg

Posted in Kunjungan Hormat, Utama on Mar 02, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara