• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Kunjungan Hormat Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) ke MPN

Pada 25 Januari 2018, MPN telah menerima kunjungan hormat dari Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) iaitu sebuah badan NGO yang menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan belia di Negeri Pahang dan menyelaraskan aktiviti yang berkaitan dengan golongan belia di Negeri Pahang.

Kunjungan MBNP membawa hasrat untuk mendapatkan pandangan mengenai peluang kerjasama yang boleh diwujudkan dengan MPN pada masa akan datang dalam usaha untuk memperkasakan belia Negeri Pahang supaya dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada Negeri Pahang khasnya dan negara amnya. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Prof. Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid selaku Pengerusi MPN. Seramai lapan orang wakil MBNP telah menyertai delegasi ini yang diketuai oleh Encik Wan Emril bin Wan Embong, Presiden MBNP.

Beberapa perkara telah diusulkan khususnya yang berkaitan dengan peranan MPN untuk membantu MBNP menggembleng pengetahuan dan kemahiran belia di Negeri Pahang dalam fasa negara menuju TN50 dan era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Antaranya ialah sokongan dari sudut khidmat nasihat golongan ilmuwan, penganjuran program kemasyarakatan, pemerkasaan bidang keusahawanan luar bandar serta pemerkasaan bidang pertanian dan penternakan.

MBPN_01
MBNP_02
MBNP_03
MBNP_04

Posted in Kunjungan Hormat, Utama on Jan 25, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara