• image

    Syarahan Perdana STEM 2018

    2 Oktober 2018 | 9:00 pagi - 1:00 t/hari

    Dewan Resital, UMS
  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Kunjungan Hormat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ke MPN

Pada 18 Januari 2018, MPN telah menerima satu kunjungan hormat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas). Objektif utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan kerjasama yang boleh dibentuk antara SPRM khususnya Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) dengan MPN dalam usaha untuk memerangi rasuah di Malaysia. Delegasi seramai enam orang ini telah diketuai oleh Tuan Jamil Dahlan selaku Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya. PenMas adalah bahagian SPRM yang bertanggungjawab untuk membanteras gejala rasuah melalui program dan aktiviti yang bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai rasuah. Pertemuan pertama antara dua pihak ini telah menghasilkan beberapa usul yang akan diperhalusi dan dijangka akan dibincangkan semula dalam pertemuan yang berskala lebih besar pada masa akan datang.

sprm_02
sprm_03
sprm_04

Posted in Kunjungan Hormat, Utama on Jan 18, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara