• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Kunjungan Hormat ZTE & China Education Association for International Exchange (CEAIE), China ke MPN

Pada 6 Februari 2018, delegasi ZTE & China Education Association for International Exchange (CEAIE) telah mengunjungi MPN bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan pada masa akan datang khususnya dari sudut pendidikan di peringkat antarabangsa. CEAIE adalah sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menjadi platform bagi kerjasama pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Pengerusi MPN ini turut disertai oleh enam orang ahli MPN. Manakala, delegasi dari CEAIE seramai tiga orang pula telah diketuai oleh Shi Zumei, Setiausaha Agung, CEAIE.

Antara usul yang dikemukakan dalam perbincangan ini ialah mengadakan kerjasama penyelidikan dalam bidang agrikultur, kerjasama dalam hal penjenamaan status halal dan mengumpulkan bakat yang berkemahiran dalam pelbagai bidang. Berdasarkan itu, MPN telah dicadangkan untuk mengadakan kunjungan balas sebagai langkah untuk mewujudkan kerjasama yang sinergi antara dua pihak ini.

02.jpg

03.jpg

Posted in Kunjungan Hormat, Utama on Feb 06, 2018




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara