• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Guru 2018

    "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"

  • image

    Selamat Menyambut

    Ramadan Al-Mubarak

    2018M | 1439H

  • image

    Buletin Pemikir Negara Edisi ke 2

    Telah Terbit!

Langkah Pencegahan Virus Zika

Penularan virus Zika di rantau Asia Tenggara telah menyebabkan rakyat negara ini semakin panik kerana jumlah kes semakin meningkat dari semasa ke semasa. Paling membimbangkan perkara yang semua tidak mahukan iaitu kewujudan pertama kes jangkitan virus tersebut di Malaysia.

Bagi meredakan kebimbangan tersebut, program Dialog Pemikir Negara tampil untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Panel memberikan penjelasan analisis penularan virus Zika dan memahami penyebarannya dalam keadaan semasa. Pada masa sama, para panel memberi kupasan terhadap isu dan latar belakang kes Zika yang menjadi topik tumpuan negara ASEAN memandangkan semua kawasan di rantau ini terdedah kepada penularan virus tersebut.

Pendekatan dan kaedah untuk mencegah penularan virus Zika ini turut disentuh oleh panel bagi memberi penjelasan mendalam kepada rakyat yang semestinya mahu mengelakkan perkara tidak diingini berlaku di kalangan sesiapa sahaja dalam kawasan penempatan masing-masing. Golongan yang berisiko terhadap virus ini juga dibincangkan dan apa masyarakat perlu lakukan.

Sikap dan tingkah laku manusia dalam mengekang penularan virus ini turut mendapat perhatian para panel untuk diketengahkan kepada para penonton. Kesedaran mengenai bahaya penularan virus Zika ini adalah tidak mencukupi sebaliknya perlu ada perubahan sikap untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan bersih daripada ancaman nyamuk membahayakan ini.

Posted in Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Aug 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara