• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    2018 / 1439H

Laporan Program Transformasi Negara 2016
Tarikh Rakaman : 26 Mei 2017
Tarikh Siaran : 28 Mei 2017
Panelis :
  1. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
  2. Prof. Dr. Balakrishnan Parasuraman
  3. Prof. Dr. Jomo Kwamesundram

Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 telah diumumkan oleh Perdana Menteri di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 23 Mei 2017 bagi berkongsi dengan rakyat mengenai pencapaian program transformasi negara pada tahun 2016. Antara pencapaian berkenaan menurunkan kadar kemiskinan daripada 3.8 peratus pada tahun 2009 kepada 0.6 peratus pada tahun 2014; mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak daripada 41 peratus pada 2009 kepada 14.7 peratus pada 2016 dan mempelbagaikan sektor ekonomi sebagai sumber pendapatan negara dan sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang tahun 2020. Sehingga kini, negara telah pun mencapai angka 69 peratus, di mana sebanyak 2.26 juta pekerjaan baharu telah diwujudkan.

Namun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan kerajaan bagi memastikan pencapaian lebih baik dapat dilaksanakan pada tahun berikutnya seperti yang disarankan para panelis dalam program ini. Nasib golongan B40 misalnya perlu terus dibela kerana mereka ini masih dihimpit dengan pemberian gaji minimum dan ditambah pula dengan kos kenaikan sara hidup yang semakin tingi.

Pada masa sama, panel berpendapat kerajaan perlu terus menarik kehadiran pelabur asing untuk merancakkan aktiviti perindustrian di negara ini bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara yang seterusnya mengembalikan manfaat kepada rakyat. Ekosistem persekitaran yang menggalakkan aktiviti keusahawanan perlu terus diwujudkan bagi mencipta lebih banyak ruang pekerjaan baharu.
Perbincangan ini juga mengingatkan bahawa negara juga perlu harus bersedia untuk menguruskan sektor perkhidmatan awam yang mungkin terpaksa dikecilkan seiiring dengan peredaran semasa ditambah lagi dengan hambatan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

Posted in Dialog 2017, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on May 28, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara