• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

  • image

    Selamat Menyambut Nuzul Quran

    17 Ramadan 1439H

  • image

    Selamat Menyambut

    Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai

  • image

    Selamat Menyambut

    Hari Wesak

Latihan Pengaturcaraan Arduino

Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kluster Industri dan Inovasi, MPN Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan program Latihan Pengaturcaraan Arduino bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Kuantan pada 5 hingga 7 Jun 2017. Objektif utama penganjuran program ini ialah untuk menarik minat pelajar sekolah menengah terhadap bidang sains dan teknologi.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif golongan ilmuwan untuk memberi sumbangan kepakaran teknikal berkaitan robotik kepada guru dan pelajar sekolah. Secara tidak langsung, program ini telah meramaikan dan menceriakan lagi dunia berasaskan elektronik, rekacipta dan robotik di Malaysia. Hasil daripada program ini diharapkan dapat membantu negara meningkatkan kecekapan sumber melalui penggunaan teknologi yang bersih dan mesra alam. Apatah lagi, fenomena Revolusi Perindustrian (IR4.0) yang melanda dunia masa kini telah menjadikan aspek robotik semakin digemari ramai khususnya golongan muda sama ada dalam bidang pengajian mahupun pekerjaan.

Pengaturcaraan Arduino merupakan sebuah perisian yang berunsurkan kejuruteraan. Di Malaysia, pengaturcaraan Arduino semakin mendapat tempat dalam kalangan orang muda terutamanya yang menggemari bidang sains fiksyen. Seramai kira-kira 30 orang pelajar telah menyertai program latihan ini untuk mengambil peluang mengenali operasi perisian ini serta mengembangkan lagi bakat dan minda dalam bidang sains fiksyen.

03.jpg

04.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017, MPU Chapter UMP on Jun 07, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara