• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Lawatan Kerja ke Sri Lanka dan Majlis Signing Ceremony between MIGHT and Coordinating Secretariat for Science, Technology and Innovation (COSTI)

Semasa mengikuti rombongan Perdana Menteri Malaysia ke Colombo, delegasi MPN yang diketuai oleh Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Pengerusi MPN sempat menghadiri majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Malaysia dengan Sri Lanka di Pejabat Perdana Menteri Sri Lanka. Perjanjian tersebut menjurus kepada tiga bentuk kerjasama iaitu program latihan pegawai diplomat, pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi serta pembangunan dalam bidang bioteknologi. Delegasi MPN turut berpeluang untuk menyaksikan kerjasama antara Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dengan Sekretariat Penyelerasan Bagi Sains, Teknologi Dan Inovasi Sri Lanka (COSTI). Menyedari kepentingan bagi memperkasakan masa depan bidang sains dan teknologi bagi kedua-dua negara, MPN dan COSTI telah mengadakan mesyuarat berasingan bagi membincangkan potensi bidang sains dan teknologi bagi kedua-dua negara.

45.jpg

46.jpg

47.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Dec 19, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara