• image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Malaysia-Japan Network: The Way Forward

Perbincangan meja bulat yang bertajuk Malaysia-Japan Network: The Way Forward diadakan bersempena dengan penganjuran Japan Graduates Symposium (JGS) 2017. Perbincangan ini telah diadakan pada 14 April 2017 bertempat di Balai Ilmuwan, MPN dan dipengerusikan oleh Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Pengerusi MPN. Objektif utama perbincangan ini adalah untuk membentuk rangkaian jalinan kerjasama dan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Jepun dan pada masa sama membentuk kaedah yang sesuai untuk menerapkan budaya Jepun di Malaysia.

Perbincangan ini dihadiri oleh para ilmuwan dan pakar dalam bidang teknologi seperti Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Timbalan Pengerusi MPN, Prof. Datin Dr. Rubiyah Yusuf, Dekan, Malaysia Japan International Institute Technology (MJIIT), Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Naib Canselor University Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMy), Prof. Dato’ Dr. Halimah Badioze Zaman, Ketua Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, MPN dan Tuan Imran Abdullah, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Hasil daripada perbincangan ini, MPN disarankan untuk menubuhkan sebuah sekretariat khas untuk mengetuai kajian, perbincangan dan penganjuran program yang berkaitan dengan Dasar Pandang ke Timur sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekretariat khas ini digesa untuk tidak hanya menumpukan kepada aspek penyelidikan dan akademik sahaja. Sebaliknya, tumpuan juga perlu diberikan kepada aspek yang lebih besar seperti pemerkasaan industri dan aspek kebudayaan. Bagi merealisasikan hasrat ini, peranan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu dilibatkan secara langsung. Ahli perbincangan mengharapkan agar lebih banyak program dapat dianjurkan pada masa hadapan supaya impaknya bukan sahaja dapat dirasai oleh rakyat Malaysia dan Jepun, malah mampu memberi implikasi yang signifikan dalam hubungan dua hala antara dua negara ini.

01.jpg

02.jpg

Posted in 2017, Aktiviti, Arkib 2017 on Apr 14, 2017




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara