• image

    Selamat Menyambut

    Hari Kebangsaan 2018

  • image

    Salam Aidil Adha

    1439H / 2018

  • image

    Laman Web Majlis Profesor Negara

    Kini berwajah baru!

Memahami Ancaman Virus Zika

Ancaman virus Zika yang menular di benua Amerika telah menggemparkan dunia terutama mengenai kesannya kepada bayi dalam kandungan. Jika lahir, kepala bayi menjadi kecil dan menghidap ketidakmatangan otak yang dipanggil mikrosefali seperti yang dilaporkan di Brazil.

Para panelis menekankan betapa pentingnya pendedahan sebenar diberikan kepada orang awam bagi mewujudkan kesedaran mengenai amalan dan tindakan yang perlu dijalankan. Pada masa sama, perbincangan ini juga turut mendedahkah perkembangan virus tersebut pada masa ini. Apa yang paling penting adalah bagaimana manusia menjalankan tanggungjawab memelihara dan menjaga persekitaran setempat kerana nyamuk jenis sama bertanggungjawab menyebar virus ini. Selagi vektor tersebut berada di Malaysia, selagi itu risiko mengenai penularan virus ini perlu diberi perhatian. Dalam hal ini, orang dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan bersedia menghadapi virus ini.

Perubahan sikap dan tingkah laku manusia amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah ini memandangkan vektor bawaan virus denggi dan Zika akan dapat dikurangkan dengan membasmi tempat pembiakannya dan mewujudkan persekitaran bersih di sesebuah komuniti. Panel menegaskan biarpun pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan pelbagai mesej mengenai bahaya nyamuk aedes ini tetapi bagaikan tiada impak untuk mengurangkan penularan virus malah berlaku peningkatan bilangan kes terutamanya di kawasan-kawasan bandar.

Kawasan-kawasan yang mempunyai kes denggi yang tinggi perlu diberi perhatian kerana ia mungkin akan membawa penularan virus Zika biarpun masih belum dikesan di negara ini. Pihak industri dan badan kerajaan dan orang awam perlu sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Posted in Dialog 2016, Dialog Pemikir Negara, Isu Strategik Negara on Feb 01, 2016




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara