Menghormati Keputusan Penarikan Diri dari Statut Rom

Kerajaan Malaysia telah membuat keputusannya mengenai Statut Rom. Semua pihak harus menghormati keputusan YAB Perdana Menteri dan kerajaan untuk menarik diri dari menyertai Statut Rom. Majlis Raja-Raja telah membuat pendirian yang jelas dan tegas mengenai perkara tersebut. Kebijaksanaan Majlis Raja-Raja membuat keputusan yang sedemikian harus dihormati oleh semua pihak termasuklah Menteri-menteri Kabinet sendiri. Tiada pihak yang harus terus mempersoalkan keputusan tersebut. Justeru, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak menuding jari serta melabelkan mana-mana pihak khususnya ahli-ahli akademik dengan panggilan-panggilan yang jelek dan seumpamanya hanya kerana mereka mempunyai perbezaan pandangan mengenai perkara tersebut.

Kita amat mempercayai bahawa ahli-ahli akademik yang diminta memberi pandangan mereka telah membuat penilaian berdasarkan bidang kepakaran dan keilmuwan masing-masing serta merujuk kepada undang-undang dan Perlembagaan Negara. Di samping itu, semua pihak turut mempunyai hak untuk menyampaikan pandangan dan penilaian masing-masing.

Prof. Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak
Profesor Pengajian Antarabangsa, UUM
26 April 2019

MM_01.jpg

Posted in Isu Semasa, Utama on Apr 29, 2019




MPN @ MEDIA SOSIAL

Galeri
             

Dasar Privasi Laman | Hubungi MPN
Hakcipta Terpelihara © 2018 Majlis Profesor Negara